Jom Tukar Kepada Ayat Positif

Tukarkan “nanti gemuk cepat mati” kepada “hidup sihat akan beri lebih manfaat.”

Tukarkan “tak beli car seat nanti anak-anak tercampak mati accident” kepada “car seat membantu elak kemalangan maut kanak-kanak.”

Tukarkan “tak ada insuran mati macam tu sahajalah” kepada “mengambil insuran akan beri perlindungan kepada yang masih hidup.”

Tukarkan “dah sakit pergilah klinik! Jumpa doktor bukannya pandai-pandai google kemudian menyusahkan orang” kepada “jika sakit, adalah sangat baik bawa terus ke klinik berdekatan supaya penyakit tidak melarat.”

Tukarkan “nak kaya kena rajin, bukannya tak habis kasi alasan!” Kepada “jika nak benar kaya, memang kena rancang hidup berdisiplin. Usaha kena bersungguh dan rajin berbuat baik di mana-mana.”

Tukarkan “lambatnya solat, lepas tu sibuk nak Allah kasi kau rezeki banyak-banyak?” Kepada “alhamdulillah dah solat, lepas ini kalau solat lebih awal entah-entah lagi awal juga dapat projek tu kan?”

*****

Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Dari orang nak beli, jadi benci.
Dari orang nak hormat, jadi meluat.

Hati-hati kawan-kawan.

Hidup di zaman media sosial ini tak akan kemana jika kita dahului dengan ayat sindir dan perli. Buat orang sentap untuk beli barang boleh bertukar kepada kempen benci-benci sampai bisnes kalian boleh melingkup.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tukar jadi ayat positif okey!

(Visited 1,024 times, 1 visits today)