Kambing Bakar / Grill Pun Boleh

1-01

Okeh. Resepi ke dua hari ini. Kambing bakar. Yang ini sesuai untuk kau buat makan dengan nasi arab, nasi mandy, nasi putih. Dapat pula regu dengan sambal kicap atau sambal arab itu. Fuh. Memang power.

Dari kau sibuk dengan menda entah di PWTC sampai berebut tudung itu, eloklah kau tawan hati suami dengan mengisi perutnya time berbuka nanti. Bukan main besar pahalanya tahu. Oklah jom masak.

Perapan ini kau boleh guna untuk ayam, daging kerbau, lembu, unta dan burung unta juga.

 

Kambing Bakar / Grill pun boleh.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2kg kambing. Eloknya yang untuk bakar potongannya. Bukan kiub untuk masak gulai.

~ 2 biji bawang India.

~ 5 batang serai muda.

~ 3 inci halia muda

~ 3 inci kunyit hidup

~ 5 sudu besar kicap pekat manis

~ 1 sudu kicap masin

~ 1 sudu besar serbuk kunyit

~ 2 sudu gula pasir atau ganti dengan 1/4 keping gula kabong atau gula melaka atau gula merah timbang – ini untuk melemakkan daging.

~ 1 sudu kecil garam

~ 1 cawan minyak masak.

 

Cara-cara kau tengok gambar ya.

Gunakan besen lobang lobang mister lobang. Senang nak kau basuh. Abang suka basuhan tepung sekali, bilas dengan air dua tiga kali.

 

Kemudian kau humban semua bahan dalam pengisar. Bawang serai halia kunyit semua itu kau potonglah dulu sebelum humban. Rosak pengisar mak kau, kau jangan salahkan abang pula. Kau perasan tak kita kisar dengan minyak? Aha ini untuk beri rasa power pada kambing atau daging. Jangan guna air.

 

Ha akan jadi begini.

 

Tuang atas kambing. Yang ini kau jangan mengada pakai besen berlobang. Habislah perapan kau tadi. Guna besen hijau. Sedapnya kalau perapan ini kau sedia semalaman. Atau paling kurang dua jam sebelum nak bakar.

Lepas itu kau bakar dalam ketuhar selama 45 minit dengan suhu 200.

Selang 15 minit kau balik-balikkan dia. Baru garing dan sedap.

 

Ini ha. Power tak? Ha kongsilah ke jiran kau.

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 4 times, 1 visits today)