Kari Ayam Ala-India

Langkah demi langkah menyediakan Kari Ayam ala-India (1 ekor ayam 7-8 orang makan).

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 ekor ayam – dipotong 16.

~ 2 biji bawang besar India ditumbuk hancur.

~ 1 ulas bawang putih – ditumbuk hancur.

~ 1 inci halia diketuk.

~ 2 batang kayu manis.

~ 3 kuntum bunga lawang.

~ 3 biji buah pelaga.

~ 1 sudu besar rempah campuran – halba, biji sawi dan jintan manis.

~ 7 sudu besar ( lebih kurang 180gm) rempah kari daging

~ 5 biji kentang

~ 5 biji tomato

~ 5 biji cili hijau

~ 3 tangkai daun kari

~ 1 sudu besar pes asam jawa

~ Garam.

**tidak guna santan / susu.

 

Cara-caranya lihat pada gambar ya.

Panaskan minyak (5-7 sudu besar) di kuali / periuk. Kemudian tumbuk bawang besar dan bawang putih bersama. (Bawang putih itu option, tak nak guna pun tak apa).

 

Kemudian tumis bawang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran hingga naik bau dan bawang kekuningan.

 

Masukkan ayam, halia yang telah diketuk dan gaul rata. Biarkan ayam masak separuh.

 

Kemudian bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air.

 

Masukkan rempah dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air lagi. Kacau rata.

 

Masukkan kentang. Dan kacau rata.

 

Kacau rata, jika kuah masih terlalu pekat, masukkan 1/4 cawan air.

 

Masukkan cili hijau, tomato dan daun kari. Kacau rata.

 

Kemudian bancuh pes asam jawa bersama dengan 1/4 cawan air. Masukkan dalam kari.

 

Biarkan kari mendidih. Jika masih terlalu pekat, masukkan 1/4 cawan air lagi. Jika suka pekat, tak perlu tambah. Terus masukkan garam jika kentang sudah empuk.

 

Siap. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

 

(Visited 2,113 times, 1 visits today)