Kari Ayam Pekat Emak KHM

Semalam berjaya tengok emak masak kari ayam pekat beliau. Kali ini beliau masak cara orang Malbari (orang berbangsa India yang memang dah Islam). Senang juga dan rasa kari yang ini subhanallah, boleh jadi sup duk meratah sepanjang malam. Haha.

Ok jom. Haha.

Bahan-bahannya ialah:

1 ekor ayam,
2 biji bawang merah India dihiris,
3 biji bawang merah India **
2 inci halia **
5 ulas bawang putih **
kisar bahan bertanda **
3 biji tomato kurang masak,
3 tangkai daun kari,
2 sudu besar rempah campur (biji sawi, jintan manis dan halba)
3 batang kayu manis,
5 kuntum bunga lawang,
5 biji buah pelaga,
2 sudu besar pes asam jawa,
8 sudu besar rempah kari ayam (beli di kedai Malbari),
Sedikit air,
5 biji cili hijau,
2 sudu besar gula pasir,
2 sudu besar garam.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya.

#ResipiKHM

Tumis tomato yang dibelah 4 bersama daun kari, rempah campur, bawang merah yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai bawangnya kekuningan.

Terus masukkan ayam yang telah disembelih, dibuang bulu, dibasuh. Ha lengkap, tanya lagi tak tahulah. Kacau rata.

Kemudian, masukkan bahan yang dikisar kasar pula. Kacau lagi.

Masukkan rempah kari. Ha tak payah tumis tahu. Lagi sedap nok.

Masukkan 1/4 cawan air. Kacau lagi. Kacau laju.

Masukkan 1 cawan air lagi.
 
Kasi tutup, biar dalam 10 minit.
 
Kemudian buka semula dan dengar emak terangkan.
“Ini bukan rempah Adabi, ini rempah Malbari punya.”
 
Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan 1/4 cawan air, cili hijau, garam dan gula. Kacau lagi dalam 10 minit, Siap!

Tadaaaaa! Selamat mencubaaaa!

(Visited 180 times, 1 visits today)