Sudah sampai Mentakab, ikan tenggiri pun dah beli, kenalah masak kari paling agung. Haha. Kali ini emak yang masak. Saya tukang ambil gambar sahaja. Kemudian buh di Facebook. Hahaha sekali lagi.
Senang sahaja. Dan rasanya sahihlah menjilat jari. Hihi.
Kari Ikan Tenggiri.
Bahan-bahannya ialah:
~ 5-7 keping ikan tenggiri.
~ 2 biji tomato.
~ 5 sudu besar rempah kari ikan.
~ 5 ulas bawang merah India.
~ 1 inci halia.
~ 3 ulas bawang putih.
~ 2 tangkai daun kari.
~ 1 sudu besar biji sawi.
~ 1 sudu besar halba.
~ 1 sudu besar jintan manis.
~ 2 sudu besar pes asam jawa.
~ 5 biji cili hijau besar atau 3-4 biji cili padi.
~ 3 cawan air.
~ 10 biji kacang bendi.
~ 1 sudu besar gula.
~ Garam secukup rasa.
Cara-caranya tengok dalam gambar ya.
Cuci bersih ikan tenggiri guna air coway. Cewah barulah segar ikannya. Haha. Letak dalam bekas purple.
Panaskan periuk, letak dalam 1/2 senduk minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus bersama dengan daun kari, halba, biji sawi dan jintan manis. Tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan cili dan tomato. Tumis lagi.
Kemudian, bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air. Kacau rata.
Tuang dalam periuk tadi. Yelah takkan periuk sebelah pula kan.
Kemudian, tambahkan lagi 2 cawan air.
Kemudian ambil pes asam jawa menggunakan 2 sudu hahaha dah kenapa entah mak ni. Lalu ambillah gambar.
Bancuh dengan 1/4 cawan air.
Masukkan dalam periuk. Kacau lagi. Dah mendidih, masukkan garam dan gula terus.
Kemudian baru susun ikan di dalam periuk. Jangan kacau beriya nanti ikan hancur gagal terus kau nak kahwin nanti.
Bagi mengurangkan bendi mengeluarkan lendir, goreng kosong di atas kuali paling lama bertahan di dalam dunia ini.
Hah dah berubah warna begitu, terus lempar ke dalam periuk. Kasi masuk ya.
Ha begini. Tersusun okeh.
Tutupkan periuk dalam 10 minit.
Tadaaa! Siap! Rasa dulu okeh. Kalau kurang apa-apa tambahlah sesuka hati.
Tentenentenennnnn! Selamat mencubaaa!