Pagi ini abang siapkan Kari Kambing India. Mudah sahaja kawan-kawan. Jom masak jom.
Bahan-bahannya ialah:
~ 2kg kambing (dipotong dadu-1inci).
~ 12 sudu besar rempah kari daging
~ 1 sudu besar serbuk kunyit
~ 3 biji bawang besar India.
~ 3 inci halia
~ 3 ulas bawang putih
~ 5 biji cili besar hijau
~ 5 tangkai daun kari
~ 5 biji tomato
~ 5 biji kentang
~ 2 batang kayu manis
~ 2 kuntum bunga lawang
~ 5 ulas buah pelaga
~ 3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba).
~ 2 sudu besar pes asam jawa
~ Garam secukup rasa
~ 5-7 cawan air.
Cara-cara kau tengok gambar ya.
Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis.
Semua bahan ada kan? Oh daun kari tah mana-mana.
Ini contoh rempah kasar dan halus.
Panaskan minyak.
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah diracik bersama semua rempah kasar dan halus. Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis.
Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata.
Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air.
Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air.
Masukkan dan gaul rata.
Macam ini ha. Masa ini bau dia Ya Tuhan.
Potong tomato dan cili macam itu. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit
Masukkan tomato, cili dan daun kari. Gaul rata
Dah mendidih kau tambahkan lagi sikit air. Ikut kepekatan yang kau suka.
Ha selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk.
Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih!