Kari Kepala Ikan (Ikan Merah)

Pagi-pagi lagi emak dah pergi mengaji, saya pun nak cari bahan. Biasanya memang tak ada perancangan nak masak apa sampailah kaki sudah masuk ke pintu pasar.

Tengok-tengok ada kepala ikan merah. Sapu sahajalah. Beli 1 kepala yang besar dan isi dalam 4-5 keping. Sedap juga jika masak kari kepala ikan ini.

Jom!

Kari Kepala Ikan (Ikan Merah).

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 kepala ikan (potong terus pun tak apa) **

~ 4-5 keping isi ikan merah.

~ 3 biji bawang besar India

~ 3 batang kayu manis

~ 3 sudu besar rempah campur (halba, biji sawi, jintan)

~ 8 sudu besar rempah kari ikan (ikut suka nak guna rempah kari jenama apa).

~ 1 sudu besar serbuk cili

~ 1 sudu besar serbuk kunyit.

~ 7 biji cili hijau

~ 5 biji tomato

~ 5-7 biji kacang bendi

~ 2-3 tangkai daun kari.

~ 3 sudu besar asam jawa

~ 5-9 cawan air

~ Garam secukup rasa.

 

Cara-cara kau tengok gambar ya.

Share sahajalah jika kau suka atau kau nak simpan atau kau nak masak tengah hari nanti.

**boleh tukar ke mana-mana ikan atau seafood. Jadi belaka biasanya.

 

Bahan tumis. Kau hiris bawang begitu, sebelahnya itu batang kayu manis. Sebelahnya pula yang kecil-kecil itu rempah campur (ada jintan, ada halba, biji sawi, kadang-kadang depa buh biji ketumbar juga) boleh beli di mana-mana pasaraya.

 

Panaskan sedikit minyak (dalam 3-5 sudu besar) dan tumis bahan tadi.

 

Sudah naik bau dan bawang pun sudah kekuningan, dan pastikan biji sawi tu dah melompat-lompat (itu tanda dah masak) kalau tidak kari kau boleh jadi pahit. Terus masukkan air dan biarkan air mendidih.

 

Lepas itu kau letak rempah kari ikan, 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk kunyit dalam 1 bekas.

 

Sambil itu kau sediakan kacang bendi. Basuh dan buang tangkainya.

 

Letak air dalam bekas rempah tadi. Kacau rata.

 

Masukkan rempah kari tadi. Kacau rata dan biarkan mendidih.

 

Potong cili hijau begini. Tomato kau potong empat.

 

Apabila semua sudah mendidih, masukkan tomato, cili dan bendi. Aduh. Mana pula daun kari tak jumpa. Kau masukkan time ini juga pun tak apa.

 

Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Terus masukkan dalam periuk.

 

Apabila semua sudah mendidih, bolehlah kau masukkan ikan. Pastikan kau masukkan sekeping demi sekeping. Jangan main tuang je. Nanti ikan bertindan dan bila kau kacau, mudah hancur.

 

Macam ini. Ala-ala susun.

 

Jangan kacau. Biarkan sahaja hingga mendidih.

 

Dan nampak ikan sudah masak, masukkan garam. Kacau perlahan-lahan. Takut nanti ikan hancur. Rugi.

 

Siap! Bolehlah kau hidangkan emak abah kau dengan nasi panas-panas.

 

Kalau kau suka, share sahaja. Jangan malu-malu.

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 365 times, 1 visits today)