Kek Nanas Manis

Aku memang tengah demam kek sekarang. Kena siapkan 40 biji untuk buku resipi terbaru tahun hadapan. Wakaka.

Jadi aku kongsilah sebiji dua untuk kau orang. Yelah, kata sayang kan? Untuk kali ini kita guna nanas dalam tin. Kau nak guna nanas segar, kau punya hal. Nak tukar buah ke tembikai, durian semua, pun kau punya kek. Suka hatilah.

Kek Nanas Manis.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 cawan setengah tepung gandum,

~ 1 cawan mentega atau minyak masak,

~ 3/4 cawan gula halus,

~ 1 tin nanas dalam tin,

~ 4 biji telur,

~ 1 sudu kecil Frazyme (atau baking powder),

~ 1 sudu kecil serbuk kayu manis,

~ 1 sudu kecil perahan lemon,

~ 1 sudu kecil esen vanilla,

~ 1 sudu besar susu segar.

Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.

#ResipiKhairulHakiminMuhammad

Masukkan mentega, gula dan telur dalam bekas. Kasi pukul sampai pengsan.

Sudah berkrim begini. Berdirilah tegak. Lenguh weh.

Toskan air nanas namun tidak dibuang airnya itu.

Masukkan 1 cawan air nanas bersama dengan susu segar dan perahan lemon. Kacau lagi dan pengsanlah lagi.

Kemudian masukkan tepung bersama Frazyme (atau baking powder) bersama dengan buah nanas. Kalau besar sangat potongannya, kau hirislah sikit. Kaup guna spatula ya.

Dah sebati semuanya, masukkan serbuk kayu manis. Kaup lagi.

Masukkan ke dalam loyang 8 inci dan panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 180 darjah. Ada baki nanas, kau letak jelah bahagian atas. Kasi lawa.

Bakar selama 45 minit ya suhu sama.

Tadaaa! Dah siap masak, keluarkan dan cucuk dengan lidi sate, kalau bersih kira dah masaklah itu.

Kasi potong lawa la sikit woiiii! Geram pula aku. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 129 times, 1 visits today)