Kek Pisang Bangi

Musim kek pisang sekarang ini. Patutlah bergayut sahaja buah ini di pasar-pasar. Sedang trending rupanya. Kahkah.

Abang mestilah tak nak kalah okeh. Ini resipi main humban sahaja. Tak ingat originalnya dari siapa, rasanya zaman Chef Wan kot. Masa beliau masih dalam rancangan Kuali. Tulisan emak pun dah tak berapa nak nampak.

Marilah kita namakan dia Kek Pisang Bangi. Yelah, takkan di Banting ja ada pisang, tahulah dekat sana banyak perusahaan kerepek, kheeen.

Kek Pisang Bangi.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 5 biji pisang berangan. Nak tukar pisang apa, suka hati kau. Yang masak ranum lebih sedap. 
 ~ 2 cawan setengah tepung naik sendiri. Kalau guna tepung gandum, tambah 2 sudu kecil serbuk penaik. 
 ~ 1 cawan minyak masak.
 ~ 1 cawan gula perang yang halus.
 ~ 5 biji telur.
 ~ 1 sudu besar pes pisang.
 ~ 1 sudu kecil esen vanilla.
 ~ 1 sudu kecil serbuk kayu manis. 
Kalau kau suka boleh masukkan walnut yang telah dicincang kasar.

Cara-caranya mari kita tengok gambar ya.

 

Buang kulit pisang, kalau nak guna pun boleh. Orang kata kulit pisang boleh hilangkan parut. Jadi letaklah di jerawat itu. Haha. Letak pisang dalam bekas.

 

Kemudian lenyekkan dengan tangan kanan. Manakala tangan kiri ambillah gambar.

 

Dalam bekas lain, masukkan minyak masak dengan gula perang. Pukul sampai pengsan.

 

Sepatutnya telur pecahkan dalam bekas lain, pukul baru masukkan dalam adunan. Namun Ain telah berjaya masukkan semua ke dalam bekas ini. Syabas bete, berjaya abah lepuk kau lalu kau menangis. Pukul rata.

 

Kemudian masukkan tepung. Waktu ini guna spatula ya.

 

Dah siap, masukkan pisang dan serbuk kayu manis. Kaup lagi.

 

Kemudian tuang dalam loyang yang telah digris. Oh ya, panaskan ketuhar selama 20 minit dengan suhu 180 ya. Mesti kau tanya boleh kukus ke tak, kan? Entah. Kau cubalah.

 

Kemudian ada lebihan pisang, hiris dan susun macam ini. Barulah Bangi. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180 darjah ya. Api atas bawah, kalau ada kipas, pasang, kalau tak ada, diam jelah.

 

Taraaaa! Dah 40 minit kau keluarkan dan cucuk, kalau bersih maksudnya dah masak.

 

Potong dan makanlah dengan girang! Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

 

(Visited 357 times, 1 visits today)