Mengapa para pemimpin, doktor, jurutera, pendiri bisnes, usahawan berjaya, ikon dalam bidang tersendiri, elitis, anak cemerlang, suka membaca?
1. Sentiasa berjumpa dengan ilmu baru, benda baru.
2. Mengasah otak untuk lebih cergas, lebih cerdas dan lebih aktif. Otak perlu senaman seperti tubuh badan. Tidak bersenam (membaca), minda akan menjadi perlahan dan banyak “penyakit”.
3. Membaca akan berjumpa dengan perkataan, ia membantu pertuturan, latihan minda dalam bentuk perbincangan dan kematangan membuat keputusan.
4. Mereka ada sentiasa segar dengan ilmu, berbual tentang idea dan selalu bercakap tentang fakta daripada memberi pendapat.
5. Jika mereka memberi pendapat, pendapat mereka ada hujah yang tepat dilengkapi banyaknya fakta.
6. Kebanyakan mereka super duper sibuk, namun mereka akan berusaha membaca sekurang-kurangnya 5-20 muka surat sehari. Sebulan, 300 muka surat = 1 buku (atau lebih).
7. Beranggapan tabiat membaca adalah “me time” yang sangat bermanfaat berbanding aktiviti lain.
8. Kebanyakan mereka bersetuju denagan pepatah inggeris yang mengatakan “orang miskin ada tv 50 inci, orang kaya ada perpustakaan di rumahnya.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kena baca!