Kau tahu kawan,
Apabila kau rasa banyak ilmu, kau membaca.
Apabila kau rasa terlebih power, kau membaca.
Apabila kau rasa kau lebih bijak dari orang lain, kau membaca.
Apabila kau rasa kau lebih tahu dari orang lain, kau membaca.
Dan kawan,
Apabila kau rasa kau masih belum punya apa-apa, kau membaca.
Apabila kau rasa rendah diri, kau membaca.
Jujurnya membaca menjadikan kita semakin tidak pandai. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak ilmu kita timba. Semakin banyak perkara kita teroka.
Pandai dan bijak itu terletak pada adab.
Jika banyak membaca menjadikan kau terlalu mahu tonjolkan diri tahu serba serbi, maka kau akan digelar bongkak dan cakap besar.
Kekal kool, tenang dan sopan. Orang banyak membaca adalah orang yang kacak, cantik serta sentiasa dipandang tinggi.
Tuturnya lembut, kata-katanya mesra, perbuatannya jadi ikutan dan segala yang dibuat mahu sahaja dijadikan contoh.