Kenapa Orang Tak Mahu Baca Posting Kita?

Kenapa orang tak mahu baca cerita kita?

  1. Terlalu banyak watak (character). 3 watak maksimum untuk penulisan di media sosial. Contoh nak cerita tentang parenting, cukup tentang anak kita, kita dan isteri atau suami, tak perlu pergi tambah watak anak jiran, anak Jessica Alba bagai.
  2. Terlalu banyak plot. Maksimum 3 plot sahaja untuk dimuat naik di Facebook. Mesti ada naik turun emosi, dan pengakhiran, mesti beri impak positif walau emosinya sedih.
  3. Sangat bagus ada konflik dan solusi. Contohnya, anak malas belajar (konflik) jadi terus beri step by step untuk anak menjadi rajin (solusi).
  4. Ending dengan ibrah, impak positif yang audien boleh buat terus apabila sudah baca.

Barulah orang akan klik butang share dan berkongsi sesama kalian.

Begitulah.

(Visited 1,601 times, 1 visits today)