
Sebenarnya, ramai yang tak mahu bermula kerana tak nak orang nampak ia dilakukan dari bawah. Tak nak orang lihat kita susah, tak suka orang tengok kita sedang berusaha.
Oleh itu, kita tak bermula.
Cuba belajar untuk berhenti fikir apa orang fikir tentang kita. Cuba belajar untuk berhenti ambil tahu apa orang cakap tentang kita. Cuba belajar untuk berhenti peduli apa orang perhati tentang kita.
Kita nak mula bisnes, kita mulakan sahaja.
Kita nak buat baik, kita mulakan sahaja.
Kita nak buat kebajikan, kita mulakan sahaja.
Tak perlu susah-susah nak fikir apa dia nak cakap, dia nak kata, apa pandangan dia dan sebagainya.
Jadikan diri itu firm, ada keyakinan, ada kekuatan, kita ini satu-satunya makhluk yang Allah beri untuk boleh berfikir, boleh bercakap, boleh beremosi, boleh serba serbi dan kita mahu gagalkan misi sendiri hanya kerana cakap orang yang boleh jadi dia sendiri penakut untuk cuba.
Ramai antara kita yang beri pendapat tentang apa yang dia takuti. Oleh itu, dia akan beri cadangan dia. Sedang dia sendiri takut gagal, takut untuk cuba dan takut melihat kita berjaya lebih dari dia.
Gais, pagi ini kentalkan jiwa!
Mulakan semuanya. Kalau dah dibuang kerja semalam, hari ini masuk dapur dan tengok apa yang boleh diusahakan. Lantaklah orang nak kata kita kembali kena mulakan hidup baru.
Kalau tak ada apa, sertai mana-mana dropship atau ejen, jual sahaja apa yang boleh mendatangkan hasil. Janji halal, janji berbuat dari duduk sahaja.
Hidup kita, kita yang hadap. Kita yang kena suap anak isteri, kita yang nak kena bayar bil bayar hutang bagai.
Mereka hanya tahu cakap. Nak mereka bantu bayarkan bil-bil kita? Nak mereka supply ayam ikan sayur ke rumah kita? Sembangggg!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mulakan hari ini! Bismillah!
(Visited 406 times, 1 visits today)