Kerabu Mee Segera

Tengah trending, kenalah cuba. Kerabu mee segera. Hangin je abang. Kau kata pedas kemain, abang sampai terpaksa potong lagi cili padi nak tambah pedas. Wakaka.

Cara buatnya senang ya amat. Kau boleh tengok di dalam gambar.

 

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 paket mee segera Serda.

~ 1 biji tomato,

~ 1 biji bawang besar,

~ 2 biji cili padi,

~ 1 sudu besar sos ikan,

~ 1 sudu besar minyak bijan,

~ 1/2 biji perahan limau nipis,

~ 3 sudu besar udang kering atau kau boleh gantikan dengan udang segar dan mana-mana sea food lain.

~ Sedikit gula jika kau suka.

 

Ha pergi tengok gambarlah.

 

Mee ini sekarang kau boleh beli dari Tuan Firdaus Yasin.

RM 28 – 30pcs

RM 19 – 20pcs

RM 10 – 10pcs

 

Kau WhatsApp “MegiThai” ke nombor

013 343 3004

013 343 3004

013 343 3004

Kahkah sempat lagi aku iklan.

 

Kau jerang air. Kemudian masukkan mee sampai dia lembut.

 

Ha dah lah itu.

 

Kemudian kau toskan airnya.

 

Buh dalam pinggan dan humban semua bahan lain.

 

Kacau rata semuanya. Mana udang kering dah tak nampak.

 

Siap dan ngap! Sedap juga woih!

 

Kalau kau nak tengok cara buat ala video, kau ke link di bawah ini ya! Selamat mencuba!!

.

https://www.instagram.com/p/BORlntrDe5x

 

Khairul Hakimin Muhammad

 

(Visited 103 times, 1 visits today)