Kesilapan Di Media Sosial

Kesilapan yang biasa kita lakukan semasa membuat posting di Facebook ialah mengutamakan emosi dari isi.
Ia tidak beri impak positif kepada diri dan audien (friend dan follower).
Yang perlu diletakkan di dalam posting ialah:
1. Cerita (story) – Beri peringatan.
2. Tips – Beri panduan.
3. Hebahan – Beri makluman.
Jika kalian lihat 3 perkara di atas, yang utama ialah fakta, bukan emosi.
Emosi boleh dimasukkan, ia sekadar menempel di dalam posting. Dan yang bagusnya jika nak masukkan emosi ini, ia mesti emosi yang betul, dan memberi impak yang positif.

(Visited 494 times, 1 visits today)