Keutamaan Posting

Profiling adalah perkara paling utama dalam bermain media sosial.
Sekiranya post kalian viral, orang yang baru mengenali kalian akan klik butang “see profile”. Dan di situlah jawapan sama ada mereka akan klik “#follow” atau tidak.
Jika kalian buat tetapan:

Gambar cover: Gambar Iklan, produk dan kedai,
Gambar profile: gambar produk.
Text bio: nombor telefon untuk pesanan produk.

Maka butang follow tersebut tak akan diklik. Ia akan menjauhkan audien terhadap kalian. Sayang sekali. Hari ini audien sudah pandai menilai, yang duk buat tetapan seperti “kedai”, dalam kepala mereka pastinya akan buat iklan sepanjang hari.

Profile yang bagus ialah yang mesra manusia. Ingat, ini adalah media sosial. Gambar cover, mesti punya nilai kehidupan yang tinggi. Seperti gambar keluarga, travel, hobi dan sebagainya.

Gambar profile pula mesti seorang. Dan text bio pula mesti menyebut tentang apa yang kita suka dan mahir.

Iklan, banner serta poster, wajib di #posting. Bukan di profile. Di situlah kekuatan menggunakan #Content untuk menarik minat orang datang, serta klik butang follow apabila melihat profile kita sangat mesra dengan manusia lain.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 840 times, 1 visits today)