Saya mula menulis dengan ejaan betul di media sosial ini bermula 2014. Lambat juga.
Sekitar 2015, sudah mula tulisan saya masuk ke laman web di Kanada, China dan Singapura. Semuanya cerita inspirasi.
Tahun 2016, saya dapat tawaran untuk bukukan semua tulisan saya di Facebook yang mana mereka mahu diterjemah ke bahasa Cina. Ia untuk pasaran negara China. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat.
Kawan-kawan yang baik, selain beri orang lain faham apabila tulis dengan ejaan betul, ia juga beri manfaat yang berbeza serta luar jangka.
Ingat kawan, fungsi “see translation” itu universal. Facebook telah berjaya membangunkan lebih 240 bahasa dunia.
Ruginya jika kita menulis dengan impak positif namun tidak mengeja dengan betul.
Rugi! Bayangkan jika tulisan kita viral, tulisan yang positif, dan dibaca oleh seluruh dunia. Hebat tak?
Haih, begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sama-sama kita eja dengan betul ya.
(Visited 570 times, 1 visits today)