Kita Jaga Kita

Lupa nak update. Tadi saya bergaduh di kedai runcit. Saya marah pakcik kaunter berjegil-jegil mata.
 
Kahkah.
 
Ada ke patut dia guna jari dia jilat sikit kat lidah untuk buka beg plastik?
Dia terus cakap sorry. Saya cakap “no sorry! Kotor!!!” Time time tu juga saya suruh dia basuh tangan guna sabun dan dia terus pergi buat. Saya tunggu ja dekat kaunter. Dia datang dan cakap sorry lagi dan lagi.
 
Itu hari depa cakap antara sebab Covid-19 ini laju bergerak di China adalah sebab duit. Virus itu ada di duit kertas. Orang sana memang begitu peelnya. Jenis suka letak jari di lidah untuk kira dan kemudiannya duit itu beredar merata-rata.
 
Kita kena jaga semua. Sentiasa bersih ok! Sentiasa! Please!
#sebarkan! Mana ketua keluarga yang pergi pasar beli barang, perhatikan hal ini.
Balik rumah, cuci tangan guna sabun. Kekal bersih dan kembali #StayAtHome.
 
Kita jaga kita. Biar bergaduh, janji semua selamat dan hentikan penularan wabak ini segera.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita lawan!
 
P/s: Gambar google.
(Visited 256 times, 1 visits today)