
Kawan-kawan,
1. Jika ingin bangun ceria, malam tadi kena maafkan semua orang sebelum tidur.
2. Jika ingin bangun gembira, pastikan kerja semalam sudah diselesaikan.
3. Jika ingin bangun semangat, pastikan semalam sudah berpenat-penat.
4. Jika ingin bangkit selesa, malam tadi mesti tidurnya awal dan lena.
5. Jika ingin hari ini mahu dimudahkan urusan, maka malam tadi wajib bangun tahajjud dan mengadap Tuhan.
6. Jika ingin hari ini dimurahkan rezeki, malam tadi masih senyum, happy dan gembira bersama famili.
7. Jika hari ini mahu keluar rumah tanpa lewat, maka semalam sudah selesai segala kerja tanpa lambat.
8. Jika hari ini mahu mesyuarat dengan yakin dan tenang, maka semalam wajib bersedia dan menang berbincang.
9. Jika hari ini mahu untung berniaga, dari semalam sudah beri ceria sepejabat dan semua gerak kerja.
10. Jika hari ini mahu emak ayah bahagia, maka setiap hari sampailah semalam terus berdoa dan beri harapan, beri berita yang kita sedang buat yang baik-baik sahaja.
Kawan-kawan,
Kita kawal diri kita untuk dapat apa yang kita nak. Kita putuskan semuanya untuk kita. Bukan orang lain.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak orang suka posting kita, kita juga kena suka posting orang.
(Visited 317 times, 1 visits today)