Kita Sama-sama Baiki Hati

Kita dah biasa makan beras elok,
Dah biasa beli telur mahal,
Dah biasa pakai minyak masak bagus,
Dah biasa makan roti Gardenia,
Mesti nak Sardin Ayam Brand,
Kicap nak Kipas Udang.

Apabila bantuan sampai, tengok beras lain sikit walau kualiti lebih kurang, hangpa perli kami.

Nampak telur buh dalam sarang, tak letak dalam bekas lawa macam di Jaya Grocer, siap sebut “oh telur gred C ke.”

Nampak minyak masak dalam plastik siap tanya yang ini bagus ke tak bagus?

Ya Rabb, sabar sahajalah. Kawan-kawan saya nasihat jangan post benda ini. Nanti orang marah saya semula. Saya cuma nak beritahu, kita dah terbiasa dengan benda mahal yang kita tak perasan ada ya yang sama kualiti namun harganya lebih murah. Boleh jadi ujian ini juga untuk kami. Allah nak tengok kami boleh sabar ke dak.

Namun jika kalian menerima bantuan, sebutlah alhamdulillah dahulu. Tak mahu cakap terima kasih, tak apa. Tak ada halnya. Namun bersyukur ada juga sampai beras di rumah kalian sedang ada yang memang menanti sangat-sangat siapalah yang nak bantu mereka.

Kawan-kawan, kita sama-sama baiki hati, saya buat post ini pun dalam keadaan yang saya sendiri rasa hati saya sakit. Saya mohon maaf.

Nampak ada rezeki masuk, sebut alhamdulillah. Sama ada sama ke tak dengan benda yang biasa kita makan sebelum ini, syukurlah juga. Allah yang susun semua pertemuan lorong ini untuk mereka hantar bantuan kepada kalian.

Bukan saja-saja.

Ya bukan semua begini. Namun sepanjang menghantar bantuan tanpa letak sekeping pun gambar ini, saya dah tak boleh tahan.

Saya juga manusia. Penat yang sama angkat beras bagai. Jika kalian tak mahu, cakap sahaja. Kami okey dan kami akan hantar kepada yang lain.

Kalian yang hubungi kami, kalian juga yang mahu kami bantu. Dan apabila ia sampai, ia merobek hati kami.

Namun itulah ujian. Kami jalan terus! Terima kasih banyak-banyak semua!

Dont worry, bantuan akan diteruskan seperti biasa. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang terus menerus mendoakan kebaikan kepada kami. Siap ada yang angkat tangan terus mendoakan kami yang masih giat menghantar bantuan sana sini.

Terima kasih atas doanya, dan saya juga pohon kepada Allah doa yang sama untuk kalian.

Ampun maaf meluah di sini. Sekadar mahu sama-sama bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga aku juga tak diuji begitu.

(Visited 92 times, 1 visits today)