Kuah Dalca (bersantan)

10-01

Sepatutnya resepi ini abang kasi terus semalam, terlupa. Hari ini pula agak sibuk, jadi abang up sahajalah pepagi begini walau tahu kau belum bangun lagi.

Ala yang kau orang pernah tanya dulu, jika Dalca Melayu, macammana nak masak? Yang bubuh santan itu. Ha inilah resepinya. Biasanya kami masak ala India, yang tidak letak santan. Yang ini ada.

Kuah Dalca (bersantan).

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 500gm kacang dhal kuning direndam 2 jam kemudian direbus 30 minit.

~ 1 keping dada ayam – dipotong dadu.

~ 5 biji kentang dipotong dadu.

~ 2 batang lobak merah dipotong panjang.

~ 3 batang kacang panjang.

~ 2-3 biji terung.

~ 2 biji bawang besar.

~ 2 batang kayu manis.

~ 2-3 kuntum bunga lawang.

~ 2-3 ulas buah pelaga.

~ 5-7 cawan air.

~ 2 cawan santan.

~ 2 sudu besar pes asam jawa.

~ 3 sudu besar rempah kari ayam.

~ Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya kau lihat gambar ya.

Silakan share.

Panaskan minyak, kemudian tumis bawang, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.

Kemudian terus masukkan ayam, lobak merah dan kentang. Kacau rata.

Masukkan kacang dhal dan gaul rata. Ingat, kacang dhal mesti dah siap rendam dan rebus.

Kemudian kau masukkan air. Kalau kau nak memang kuahnya cair, boleh tambah lagi.

Bila dah nak mendidih, baru kau masukkan rempah kari. Kalau kau nak ada rasa pedas, kau masukkan cili hijau dalam 3-5 biji potong tengah. Buh tomato pun sedap.

Dah mendidih, masukkan kacang panjang dan terung.

Alamak terbalik pula gambar. Pastikan kau rajin kacau. Takut kacang dhal tu hangus di sebelah bawah.

Dah mendidih baik punya, barulah kau masukkan santan. Jika terlalu pekat, kau tambah air. Tambah sikit-sikit.

Bila kentang sudah empuk, barulah kau masukkan asam jawa, garam dan gula.

Siap. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 1 times, 1 visits today)