Kita sering sebut:
“Tak cukup masa”
“Tak ada masa”
“Mana sempat nak buat semua tu dalam 1 masa.”
Baru-baru ini saya duduk dengan seorang CEO yang dah pencen. Kami bersembang tentang bagaimana beliau susun masa.
Pagi buat apa, tengah hari buat apa, petang buat apa, malam buat apa. Saya bertanya macam mana boleh bahagikan semuanya cukup dan elok?
Beliau jawab “Allah tolong.”
Terkedu saya.
Dia cakap ini “mudah sahaja Khairul. Kita nak lakukan sesuatu, kita cakap terus, Ya Allah, aku ada task hari ini yang perlu aku siapkan hari ini Ya Allah. Kau bantulah aku supaya aku dapat membantu syarikat, membantu orang lain dan membantu semua. Kau yang maha memberi Ya Allah.”
Kata beliau, doa itu tak pernah lekang di mulutnya. Selepas berdoa atau bercakap begitu, dia akan mula bekerja dan biasanya semua siap.
Isterinya menyampuk, “saya pun guna doa sama dekat rumah. Kalau kita baru ja dapat mesej ada orang nak datang rumah sekian-sekian, walau kita tahu kita ada maid, kita tetap berdoa “Ya Allah, bantu aku menyiapkan makanan untuk tetamu hari ini.”
Semua jadi cukup, jadi elok ja.”
Kawan-kawan, kita ini kurang kebergantungan kepada Allah. Kita tahu kita ada 24 jam sehari. Jadi kita bertuhankan jam tersebut.
Kita lupa Allah boleh buat apa sahaja. Allah boleh cepatkan, Allah boleh lambatkan. Semua Allah boleh.
Jadi apa yang kita kena buat? Berharap kepada Allah. Berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah.
Kena kuat rasa bergantung kepada Allah barulah semua urusan kita selesai.
Lihat bagaimana Cikgu Fadli boleh buat itu ini dalam sehari, lihat bagaimana seorang CEO boleh meeting sana sini. Semuanya kerana kuatnya kebergantungan kepada Allah.
Allah boleh beri apa yang kita nak. Kita tinggal minta dan berharap sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
(Visited 737 times, 1 visits today)