Soalan: Tuan, di FB ini macam ramai orang tua. Makcik Pakcik bawang memang power gila dekat sini. Saya di Instagram tak gitu tuan. Aman damai. Kalau letak OOTD, gambar elok, miming, meniru, joget sikit, tak ada orang kecam pun. Like pun tinggi tuan. Cuma saya tak berani beriya nak berniaga sebab sebelum ini cuba tak pergi sangat jualannya.
Jawapan: Semasa di DMWF2019 London, ada yang bertanya soalan sama kepada panel forum. Beliau jawab:
Umur 7-20 tahun – Instagram
Selepas dia mula bekerja, dia akan rasa dia tak selesa di situ, akhirnya dia akan mula masuk ke dunia Facebook dan tinggalkan Instagram atau buka Facebook dan jadikan ia sebagai medan baru.
Sebab itu Mark membeli laman ini. Mark mahu kuasai semua peringkat umur.
Instagram = Entertainment.
Facebook = Education.
Whatsapp = Communication.
Mark kuasai semuanya.
FB, banyak viral tentang tips, petua, langkah demi langkah, story, inspirasi dan sebagainya. Jadi kuasa beli di sini lebih besar.
Insta, banyak repost tentang lawak jenaka, kisah orang kaya, inspirasi dan sebagainya. Dan kalian beringat, apabila asasnya ialah hiburan, maka artis, selebriti, ikon, idola akan jadi hebat di laman ini. Orang sentiasa nak tahu apa yang mereka buat, menggunakan laman ini dengan teliti dan tersusun akan jadikan kalian jauh lebih ramai pengikutnya.
2 medan ini berbeza segmen. Jadi kita sahaja yang pilih yang mana.
Kata panel itu lagi “Instagram adalah medan hiburan yang banyak lakonan. Ia sekadar memberi hiburan semata. Beza dengan Facebook, ia berasaskan teks (tulisan), jadi kita membaca. Oleh itu Mark mengajar kita apa sahaja yang kita baca, kita akan memahami konteks dan pelajari apa yang dikongsi melalui #content.”
Dua-dua medan okey sahaja. Saya juga ada keduanya. Guna sahaja untuk kebaikan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.