Lasagna Roti Ayam Senang Woih

Memalam begini tetiba anak kau kata lapar. Jadi kau pun bermalas-malaslah ke dapur. Tengok harta rampasan pasar yang banyak kemain. Dan idea pun kelaut. Macam-macam pula menunya, masaknya malas.

Ting, tetiba kau terfikir nak buat lasagna roti. Konon diet, roti hijau diet itu pun ada kan. Yelah, buat untuk anak, mesti laki kau dan perut kau pun nak juga. Jadi buat banyak sikit. Kikiki. Dah jom.

Lasagna Roti Ayam Senang Woih.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 4 keping roti hijau Gardinea

~ 1 mangkuk isi ayam = 2 keping dada ayam.

~ 1 tin kecil Pati Tomato

~ 1 biji bawang Besar

~ 1 sudu kecil serbuk oregano

~ 2 keping keju cheddar

~ 2 biji telur

 

Cara-cara kau tengok gambar ya.

Nak share, share jelah.

 

Kahkahkah, walau kau dah nak hidup, abang terpaksa guna juga. Ini sahaja yang ada. Hahaha. Kau hiris halus bawang ini.

 

Potong dadu dada ayam sampai semangkuk jeluk sepinggan dadar.

 

Ini pati tomato yang abang rasa sedap. Kau nak guna pati tomato prego, kia, lucento, adabi, babas, alagapas bagai itu kau punya hal.

 

Ini kami panggil roti hijau. Orang diet je kenal roti ini. Kalau kau tak pernah diet, rasanya lagi kau kenal. Bedal je kan kau tu.

 

Lepas itu letak sikit minyak kat kuali baru kau. Panaskan. Tumis bawang sampai kekuningan.

 

Masukkan ayam. Ha kemain lawa seketul gitu. Kacau rata.

 

Agak-agak ayam dah nak masak, masukkan pati tomato. Kacau rata.

 

Masukkan serbuk oregano. Kacau rata. Nak dapat serbuk ni kau pergi pasaraya. Kacau rata dan tutupkan api. Nak buh garam pun boleh. Cuma biasanya guna pati ni dah kuat masamnya tu.

 

Guna acuan kek kau. Kahkahkah yang kemek lagi sedap. Guna yang kecil je woih.

 

Susun sekeping buh tengah. Lepas tu kau carikkan roti ke-dua dan tepek kasi jadi dia punya base. Tekan sikit guna jari jemari kau.

 

Buh isi ayam tadi, tinggalkan dalam 1 senduk, Diikuti dengan dua biji telur. Pecahkan telur kuning itu lagi bagus. Itu abang nak tunjuk abang power pecahkan telur. Bukan macam kau.

 

Letak keju gitu.

 

Buh lagi baki inti.

 

Tepek sekali lagi dua keping tadi dan kemudian tekan sedikit kuat.

 

Bakar dalam ketuhar selama 15 minit api atas bawah dengan suhu 180

 

Siap.

 

Tadaaaa!

 

Tadaaaa lagi sekali. Sedap woih! Makan sama-sama sekeluarga. Buh cicah mayonis dengan cili sos! Mabeles!

Selamat mencuba!

Share sampai pengsan!

 

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 369 times, 1 visits today)