Leader

Supaya kita semua ada ciri-ciri pemimpin (leader), bukan pengurus (manager). Ini yang kita perlu ada:

1. Jadi cikgu.

Wajib menjadi guru kepada semua kakitangan. Sama ada yang paling rapat jawatannya hinggalah ke tukang cuci. Di Jepun, seorang pemimpin biasanya mengetahui setiap inci pekerjaan (atau task) yang ada di dalam bangunan itu. Walau ianya tidak termasuk dalam kerja hariannya. Ia mesti dalam pengetahuannya untuk diajar dan dikongsi kepada orang lain.

2. Paling kerja keras.

Seorang pemimpin, mesti lebih banyak bekerja dari semua kakitangannya. Dia datang paling awal untuk inspect, dia juga pulang lewat untuk siapkan segala benda supaya tidak tertangguh.

3. “Makan paling lambat.”

Ia bermaksud jika ada reward kepada kumpulan, dia akan berkorban untuk berikan dahulu kepada kakitangannya, bukan untuk dirinya dahulu.

4. Berkorban lebih banyak dari kakitangan.

Biasanya “leader” lebih banyak pengorbanannya berbanding “manager” yang tak habis-habis minta kakitangan berkorban untuk syarikatnya sedang dia goyang kaki di bilik besarnya.

5. Set matlamat yang clear.

Pemimpin mesti ada matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. 2-2 perkara itu berbeza dan sentiasa dikejar untuk mendapatkan hasil.

6. Biasanya sebagai pemimpin, maksud teamwork itu ialah “kau siapkan kerja kau, aku siapkan kerja aku.”

Bukannya buat semua sama-sama. Teamwork adalah gerak kerja yang dibahagi mengikut jawatan dan kemahiran, tak boleh semua orang berkumpul buat benda sama hingga ada yang tercicir.

7. Sentiasa rendah diri.

Boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Semasa kerja, kerja. Semasa tidak, tidaklah.

8. Suka guna perkataan “kita” dan “kami” berbanding “saya” dan “aku”.

Ia akan beri psikologi baik kepada semua kakitangan.

9. Sentiasa bertenaga dan proaktif.

Jika ada masalah sendiri atau peribadi, pemimpin akan menyorokkannya supaya semua anak buah tidak terikut emosi tersebut.

10. Sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anak buah (kakitangan).

Sekiranya anda dibenci, maka anda bukan pemimpin. Ada adalah pengurus.

 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mahu jadi pemimpin. Jom belajar sama-sama.

(Visited 119 times, 1 visits today)