“Maafkan Merry Ya Pak Lang”

Pada suatu petang Zaleha dan Mariah pulang dari mengaji. Sedang seronok berjalan berdua, Zaleha terpandang sebatang pokok yang berjuntai-juntai buahnya disalut kertas surat khabar dan plastik.

Zaleha menjenguk dari bawah. “Ya Allah sedapnya jambu air Merry!” Kata Zaleha.

“Leha, Atuk aku cakap kan, kalau pokok luar pagar rumah orang, kita boleh je ambil buah tu. Halal.”

“Mandai je kau Merry, kan macam berjaga pokok ni. Kau tengok dia punya buah. Semua berbungkus elok.” Jawab Leha.

“Aku teringinlah.” Mariah mencuka sambil memandang buah tersebut.

“Apa kata aku ambil sebiji, sebijiiiii jaaa. Kita kongsi eh. Takkanlah Pak Lang nak marah kita.” Mariah menyambung.

Lalu dipetiknya sebiji. Baru hendak dibuka salutnya, “Bertuah punya budak!” Jerit Pak Lang dari jauh.

Zaleha dan Mariah berlari lintang pukang menuju ke rumah masing-masing. Buah jambu air pun sudah terjatuh begitu sahaja.

Malam itu Mariah bertanya kepada ibunya, “Mak, mak, mak! Mak ni tak habis-habis dengan Akademi Fantasia. Ni Merry nak tanya soalan ilmiah ini tahu tak?”

“Ah kau ni, ha apa soalannya? Ada ABC tak? Mak bukan belajar KBAT macam kau Merry.” jawab Mak Mariah.

“Itu hari Atuk cakap boleh ja ambil buah yang bukan dalam pagar rumah orang. Tadi Merry ambil. Namun Pak Lang sergah. Kami larilah.”

“Ya Allah, kau ke Merry? Malunya aku! Pak Lang kau tanya dekat group Whatsapp Kampung kita ini tahu tak? Dia cakap anak siapa yang muka dahlah buruk, mencuri pula! Ya Allah Merry! Kau dah kenapaaaaa!”

Terus emak Mariah membuka telefon dan Afundi Idayu kemudian terus menjawab Whatsapp Pak Lang yang anaknya sendiri yang mengambil buah tersebut.

Beberapa kali emak Mariah meminta maaf. Nak harapkan emak Si Zaleha, tak payahlah. Dia tak mungkin mengaku anaknya nakal. Semuanya baik dan bermain Facebook pun tak pernah guna nama sendiri, gambar pun letak gambar artis. Cis betul.

“Baik kita mengaku dan minta maaf Merry, sekurang-kurangnya kita berusaha berubah jadi baik.” Mariah menangguk perlahan kemudian bangun memeluk emaknya.

Selang beberapa jam, AF pun dah habis dan emak Mariah syukur sangat si Shahir kalah, haha. Tiba-tiba, tok tok tok, pintu rumah diketuk beberapa kali. Emak Mariah lantas bangun, nak harapkan laki dia, dah berdengkur. Kain batiknya diikat kemas, kekudanya pun sudah bersedia kot kot ada kekacauan yang berlaku.

“Assalamualaikummmm.” Kedengaran suara lelaki di luar.

“Waalaikummussalam.” Jawab emak Mariah. Pintu pun dibuka.

“Eh ada apa Pak Lang datang malam buta begini?” Tanya emak Mariah.

“Nah. Kasi anak kau. Aku ambil buah jambu tadi memang nak beri ke dia. Cakap dekat dia, iye pokok itu di luar pagar rumah aku. Cuma, aku jaga elok-elok untuk berkongsi dengan semua orang. Aku bajakan, aku siram hari-hari. Aku bungkus salut bagai supaya buahnya baik.

Bolehlah aku beri kat orang kampung. Cakap dekat anak kau, hidup ini kena guna adab. Jika kita pandai mengaji sekalipun, namun jika kita mahu dahulukan nafsu untuk dapatkan sesuatu, kita akan banyak rugi dari untung.

Dengan adab, kau akan menang dalam berkasih sayang. Jiran sayang, keluarga sayang, semualah sayang. Ha, Mintalah, aku pasti beri buah yang paling bagus untuk anak kau.

Akan aku guna galah bagai untuk dapatkannya. Orang kata beri anak-anak makan, pahalanya besar!”

Mariah berjalan perlahan menuju pintu. Lalu menghulur salam dan cakap, “Maafkan Merry ya Pak Lang!”

Sekian.

Khairul Hakimin Muhammad,
#TeamPakLang

(Visited 704 times, 1 visits today)