Maksud Titik Persamaan

Soalan: Saya perasan, nak dapat share banyak, tulislah pasal makanan, resipi, itu mesti dapat ratus dan ribu like kan? Kenapa ya Tuan?

Jawapan: Content yang besar titik persamaan dengan orang lain, akan disukai.

Titik persamaan bermaksud, kau suka, aku suka, orang lain juga suka benda yang sama. Jadi topik yang banyak persamaan ini akan jadikan orang ada rasa nak baca sampai habis. Antaranya ialah:

– Makanan, resipi, tips masak.
– travel.
– fesyen.
– parenting, anak-anak, ibu bapa, keluarga.
– pendidikan.
– automotif.
– sukan, fitness, jaga badan, diet.
– kesihatan.
– hiburan, filem, lagu, drama.
– buku, artikel, rencana.
– kisah kejayaan.
– work life balance.
– agama, Al-Quran, Nabi (selawat).
– kisah kehidupan, pengajaran.
– hartanah, simpanan, emas.

Dan sebagainya. Ada banyak okey. Jadi bangunkan tulisan tersebut. Konsisten menulis topik tersebut dan kalian akan mula dapat follower.

Boleh jadi topik ini bukan benda yang sama dengan apa yang kita jual. Tak ada masalahnya, ini termasuk dalam topikĀ #Crowd, yang mana untuk dapatkan follower.

Ingat, Content is King, Engagement is Queen. Apabila content menjadi, kalian akan dapat orang engage di wall kalian. Maka kalian akan perasan perubahan di padang permainan ini.

Semasa menjual, tembak terus dengan hard sell atau soft sell, dua-dua itu menjadi dengan baik. Content yang bagus akan buat orang membeli.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Topik crowd saya: Memasak, menulis, mengembara, kemanusiaan dan kisah kejayaan.

(Visited 1,112 times, 1 visits today)