Mari Berjaya Bersama-Sama

Jika kalian bersembang dengan orang-orang yang dah berjaya, bisnesnya maju dan dia sedang berada di kerusinya sendiri, ada beberapa nasihat yang lebih kurang sama sahaja bermain di bibir mereka. Antaranya ialah:
 
1. Konsisten bab semangat belajar benda baharu. Tak ada naik turun, sentiasa ok dan terus ada motivasi walau banyak benda menghalang, mencabar dan mengganggu.
 
2. Pedulikan cakap-cakap orang. Tegas dalam menetapkan hala tuju. Lantakkan apa orang fikir dan fokus kepada apa yang kita nak capai.
 
3. Sabar itu berbuat, bukan tunggu. Nak sabar untuk berjaya, buat itu buat ini, pergi sana pergi sini, belajar itu belajar ini, kena begitu kena begini. Itu maksud sabar. Bukan duduk di meja bawah aircond dan menanti bila nak naik pangkat.
 
Kalau 3 perkara ini kita dah terganggu, tak boleh tidur, tak boleh kerja kerana terasa hati, terpukul, down dan sedih sebab banyaknya cabaran dan hal dalam hidup, maka benarlah kita ini yang jenis suka mengeluh, suka sembang pumpang namun tak bergerak mana pun.
 
Dan tak boleh salahkan orang lain jika kita masih jauh di bawah berbanding mereka yang semakin berjaya. Itu semua salah dan silap kita sendiri.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari berjaya sama-sama.
(Visited 1,338 times, 1 visits today)