Waktu bisnes kita tak berjalan, berilah apa sahaja yang kita ada secara percuma. Ini saya belajar dari cikgu saya sendiri.
Beliau beri stok makanan yang beliau buat. Makanan itu berharga RM35/balang.
Stok yang sepatutnya dijual minggu awal ramadan itu sudah ada sekitar 72 pallet. 1 pallet ada dalam 574 balang.
Dia kata kalau nak kasi bantuan duit, cash kena jaga untuk terus dapat bayar gaji staff, so dia beri apa yang dia ada sahaja dulu.
Saya kira berapa jumlah pemberian beliau:
574 balang x 72 pallet = 41,328 balang.
41,328 balang x RM35 = RM1,446,480.
Ya Rabb. Terkejut juga. Lebih RM1 juta harga pemberian beliau.
Saya tanya tak rugi ke beri semua? Dia jawab:
“Malas nak fikir rugi ke untung ke. Allah kata takkan miskin orang yang memberi, jadi aku beri ja. Itu sahaja stok yang ada. Belum ada pembeli pun. Biasanya setiap kali puasa kami memang boleh jual sampai puluh juta.
Tahun ini rasanya tak. Jadi beri sahajalah, kalau sibuk nak jual dan tak terjual aku stress kang. Baik Kita enjoy ja. Duit syarikat kena standby untuk bayar gaji budak-budak dalam 6 bulan. Mujur aku bukan jenis boros, syukurlah bab tu.
Ini semua dah tak datang kerja, semua ikut arahan PKP. Jadi aku minta team logistik ja 2 hari datang untuk bantu beri kepada orang ramai. Dah settle pun semua dah kasi kepada orang ramai.”
Kadang-kadang kita tak nampak pun berapa jumlah pemberian orang kerana kita hanya terima 1 sahaja. Jumlah sebenar dia beri, jauh lebih besar.
Waktu beginilah kita dapat tengok seronoknya bersedekah, bestnya memberi hadiah dalam keadaan kita pun kesempitan.
Kawan-kawan,
Kadang-kadang dengan pemberian waktu beginilah kita akan dapat doa-doa dari orang soleh. Dari ibu-ibu yang sentiasa makbul doanya.
Terus memberi, terus juga berjasa kepada sesiapa walau kita dalam kesusahan.
Allah sentiasa ada untuk kita. Susah senang semua ujian. Kita sahaja mahu terima itu sebagai cabaran atau kematian. Kita yang putuskan semuanya dalam kepala kita.
Dari situ, kita sendiri tahu kita berjiwa besar atau tak.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari hidup untuk memberi.