
Kadang-kadang rasa bersyukur juga banyak buat silap semasa muda dan sekarang. Supaya masa depan itu kita dah pun belajar bagaimana nak berhadapan dengan perkara yang lebih besar dari sebelum ini.
Tentang duit, tentang kawan, tentang keluarga, tentang harta, tentang tikam sana sini, tentang sailang, tentang hutang, tentang khianat, tentang aib, tentang semua.
Semuanya kena urus dengan sehemah-hemahnya. Memang ya, sebelum ini ada yang dihadap dengan marah, ngamuk dan sebagainya, namun selepas ini, hadaplah dengan sebaik-baik sabar.
Dalam beberapa tahun lepas, saya belajar tentang seperkara ini:
“Lagi banyak kau tunjuk kehebatan, sebanyak itulah orang nampak kau punya kelemahan.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari teruskan cipta cita-cita.
(Visited 818 times, 1 visits today)