Hari ini mari kita siapkan #maruku pula. Haha. Bukan senang nak cuti dan nak memasak dengan anak dan isteri. Cewah.
Senang sahaja. Pergi pasar, beli barang. Campur sana sini, masak, siap! Ok jom.
Maruku Pedas.
Bahan-bahannya ialah:
~ 2 cawan tepung kacang dhal,
~ 1 cawan tepung beras,
~ 3 sudu besar serbuk cili,
~ 2 sudu besar rempah kari daging,
~ 1 kotak setengah (yang kecil – 200ml kot) santan pekat,
~ 1/2 cawan air,
~ 2 susu besar minyak sapi,
~ 3-4 tangkai daun kari,
~ 1-2 sudu kecil garam.
Cara-caranya tengok dalam gambar ya!
Campur semua bahan kecuali santan dan air.
Gaul rata seperti ini.
Kemudian letak santan kotak dan air bersama. Kacau juga.
Kemudian tuang dalam bekas tadi sedikit demi sedikit. Waktu ini dah tak boleh guna whisk, kena uli guna tangan. Kaki jangan. Mungkin santan itu tak habis. Ok ja, uli sampai dia keras seketul. Macam doh roti itu.
Ha begini. Kalau laki kau bising buat menda di dapur time cuti deepavali begini, kau lempar je dekat muka dia. Baru dia tahu punya susah nak buat maruku tahu tak?
Tiba-tiba tak jumpa pula dah mesin maruku. Puas cari. Hahahaha. Tak apa, bertenang semua! Kita cuba letak dalam plastik dan gunting ala beg paip. Tengok jadi ke tak!
Panaskan minyak dan letak daun kari dulu baru letak doh maruku yang dipaip tadi dengan bersungguhnya.
Tentenentennnn. Ya Allah gigih woih! Kurus tangan ai okeh. Haha.
Tadaaa! Suka hati lah nak buat macam mana. Dah tak ada mesin ini jadi kreatif semacam.
Ini versi ulat gonggok kata Ain. Belasaaaah. Haha. Nak sedap kena makan sejuk-sejuk. Kerana dah sejuk baru dia rangup! Selamat mencubaaaaa!