Masa Belajar Dan Cari Peluang

Adik-adik, masa abang buat degree di MSU (dulu KUTPM), abang kerja part time potong ayam dan serve makan minum di pejabat-pejabat gomen Selangor.

Malam balik rumah terus tidur, penat. Assignment buat dengan kawan-kawan, tak pernah makan seorang untuk jadi pandai. Mesti kongsi sama-sama kalau ada seorang tak boleh jawab itu ini dalam kuiz dan sebagainya.

Abang ambil Decision Science dik. Dah pupus dah rasanya course tu. Susah bebenor. Penuh matematik dan statistik. Kerjanya ialah mencari keputusan yang betul mengikut cara sains. Pening woih.

Paling penting masa ini ialah belajar dan mencari peluang. Waktu ini kau akan rindu ada masa, ada hari-hari yang kau boleh bangun lewat jika tak ada kelas, boleh lepak mamak sembang pasal awek, pasal dunia, pasal jemaah dan pasal macammana nak siapkan thesis sem akhir.

Waktu inilah masa kau nak uji diri boleh ke idak kau jadi orang masa kerja nanti.

Demi Tuhan yang mencurah rezeki kepada kita semua, abang tak merasa apa maksud menganggur. Memang mudah sokmo lepas habis belajar.

Bila kita buat semua itu sampai penat-penat dengan niat nak kurangkan beban emak abah di kampung, Tuhan pun beri pertolongan yang hebat-hebat.

Merasalah naik pentas amik anugerah President list. Wakaka, walau masa sekolah corot memanjang. Hahak.

Sungguh, masa luang kau cari peluang. Tidak buang masa. Cari diri kau sendiri untuk kau bina jati diri. Kadang-kadang kau tak sedar, masa kau masih seorang pelajar, doa kau makbul.

Dengan banyak ingat Tuhan, rajin kurangkan beban emak bapa kau, suka tolong kawan dan tidak buang masa, Tuhan pun suka melihat kau dan hadiahkan kau keluarga yang bahagia, rezeki yang mencurah-curah dan kehidupan kau yang semakin seronok satu hari nanti.

Masa itu kau akan sedar, rupanya segala apa yang pernah kau lalui 10-15 tahun lalu adalah pengalaman hidup yang cukup besar untuk matangkan kau hari ini. Sungguh.

Dik, Semoga kau orang berjaya.

Khairul Hakimin. Muhammad,
Macam tak percaya pernah lalui semua itu.

(Visited 300 times, 1 visits today)