Kebiasaannya apabila kita berniaga, kita terdorong mahu menulis di sosial media tentang produk yang kita jual.
Itu normal. Namun kawan, media sosial adalah medium berkawan. Jika nisbah posting menjual lebih banyak dari posting kehidupan, manusia dan rutin hidup, kalian akan jadi kedai.
Dan sifat kedai ini ialah orang akan hadir kepada kalian apabila perlu beli barang sahaja. Berbeza dengan sifat manusia (pemilik) yang boleh jadi jika sunyi, orang ternanti-nanti, jika kecoh orang ikut heboh.
Susun posting dengan baik, perbanyakkan status kehidupan biasa berbanding menjual. Relaks sahaja okeh. Inikan media sosial.
Khairul Hakimin Muhammad,
Pernah ada kedai kain. Hihi.
(Visited 493 times, 1 visits today)