Nak masuk bulan Oktober nanti, kita tambah kebaikan dalam memberi:
1. Jika dah biasa beri emak ayah RM50 sebulan, tambah jadi RM100 sebulan. Jika dah biasa beri emak ayah RM300 sebulan, tambah RM350 sebulan. Tambahlah suka hati berapa, janji tambah.
2. Jika sebelum ini tak biasa membantu adik beradik kerana tahu mereka juga bergaji dan bekerja, bulan hadapan bantu terus. Lantakkan mereka ada duit atau tak, asal jumpa, kasi duit ke anak-anak mereka. Sikit pun tak mengapa.
3. Jika sekarang ini jumpa pengemis / peminta sedekah datang ke meja makan kita di restoran kita beri RM1, bulan hadapan kita dah setkan untuk kasi RM2-5.
4. Jika bulan ini dah terbiasa bawa duit kecil RM1, RM5 ke masjid solat jumaat, bulan hadapan kena cuba bawa RM10, RM20, RM50 pula.
5. Jika saat ini sebulan sekali belikan sarapan atau makan-makan dengan kawan sepejabat, bulan hadapan cuba kerapkan.
Kawan-kawan,
Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sifatnya menambah bahagia.
Orang yang bahagia, akan doakan kebaikan untuk kita. Berbanyak memberi, akan banyak juga Allah mencurah-curahkan rezeki untuk kita.
Jika kita hadkan kepada sekian-sekian, tak bertambah dan tak berubah, agak-agak mahu ke tidak Allah menambah dan mengubah rezeki kita?
Kita jawab sendiri okey. Kita adalah kunci kepada banyaknya pintu rezeki. Sikit kita buka, sikit kita dapat, banyak kita usaha, banyak juga kita berjaya masuk ke dalam pintu-pintu tersebut.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat baik, Allah suka.
(Visited 242 times, 1 visits today)