MENGAPA KEMPEN #STAYATHOME SANGAT PENTING?

Mengapa kempen #StayAtHome ini sangat penting:

1. Apabila kalian positif Covid-19, kalian akan diasingkan dari keluarga tidak kira umur kalian berapa.

2. Tiada lawatan langsung. Tidak boleh sesiapapun mendekati kalian kecuali pegawai perubatan yang memakai pakaian perlindungan (PPE).

3. Kalian akan diisolasi di dalam wad dan akan dikawalselia oleh pegawai perubatan sahaja yang lengkap berpakaian PPE.

4. Sekiranya maut, maka mayat akan dibawa ke pasukan lain yang akan uruskan jenazah.

5. Langsung tidak dibenarkan waris atau keluarga atau sesiapa sahaja yang melihat / mendekati jenazah atau mayat sehinggalah ke perkebumian selesai. Jenazah / mayat akan terus dibungkus selepas mandian dilakukan dan dibawa ke tanah perkuburan dengan kereta serta pasukan khas.

6. Sekiranya kalian beransur sihat, kalian akan kembali ke keluarga dan dapat peluk semula semuanya.

7. Pilihan di tangan anda. Mahu sakit atau mahu sihat.

#StayAtHome, kekal duduk dalam rumah dan sentiasa cuci tangan, mandi, bersihkan diri sekerap mungkin.

Sebarkan. Tak perlu mohon share, terus klik sahaja.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya atau sesiapa sahaja boleh dijangkiti jika kita masih berdegil. Please duduk dalam rumah ya.

(Visited 260 times, 1 visits today)