Bertutur: ambikkan barang tu kejap.
Mengeja: Ambilkan barang itu sekejap.
Kalian kena ingat, bertutur dan mengeja adalah dua perkara yang berbeza. Apabila bertutur kalian boleh guna dialek dan stail kalian.
Namun apabila dipindahkan ke perkataan, tulislah dengan ejaan yang betul. Dan perlu diingat juga, ini bukan Bahasa Melayu Tinggi. Ini hanya ayat atau perkataan yang dieja dengan betul sahaja.
Apabila semuanya betul, mudah sahaja Facebook terjemah melalui “see translation”. Jadi semua status saya boleh dibaca melalui 240 bahasa yang sudah pun dibangunkan oleh Facebook sendiri.