Merdekakan Diri Sendiri

Kita semua ada sejarah masing-masing. Waktu kita bermula dulu, nak sewa kedai, tak mampu. Jadi saya buat kelas di restoran atau cafe-cafe.
 
Orang-orang yang belajar di sana ada yang berjaya ada yang tidak. Saya tetap letak fee. Ada yang ok, ada yang kata mahal. Kita tak boleh layan semua. Jalan terus ja.
 
Ada yang nampak kita naik, populis, berkawanlah sampai kita ini diperah-perah hingga kering. Suruh buat itu, suruh buat ini. Semua kita layan dan tak pernah sekali pun kita merungut. Apabila dia jumpa orang lain yang lebih lagi boleh beri manfaat kepadanya, kita pun ditinggalkan begitu sahaja.
 
Siap perli sana perli sini.
 
Sampailah dia rasa nak guna kita semula, baru dia hubungi kita. Kita pun serba salah.
 
Gais, jangan. Hiduplah jalan terus dengan siapa yang masih ada di sisi. Yang merepek ini kalau kita terserempak, bersalam, senyum, sembang kejap, blah.
 
Layan juga dengan baik, namun jangan sesekali masukkan kembali dalam circle kita.
Hari ini kita merdeka, maka mula hari ini merdekakan diri sendiri dahulu dari diikat oleh golongan yang gunakan kita sampai kita tak boleh kata “tak”.
 
Kena ingat, belajar untuk menolak jika tak selesa.
Tetapkan pendirian untuk kata tak kalau tak boleh nak buat.
 
Saya ada kawan yang saya jaga sangat hubungan kerana mereka ini kalau kita kata tak, tetap ok dan tetap bertenang. Yang ini saya jaga baik-baik. Mereka ini bakal jadi kawan 20-50 tahun lagi atau entah-entah sampai kita mati nanti.
 
Mereka ini sama ada mereka yang kata tak atau saya sendiri kata tak, relaks sahaja. Bincang tetap banyak tolak ansur, sembang tetap sentiasa ada kasih sayang. Best.
 
Kawan yang baik ialah mereka yang hormat masa kawan, hormat kebolehan kawan, hormat kekuatan kawan, hormat kelemahan kawan, hormat kekurangan kawan.
 
Kalau semua benda yang ada pada kawannya itu digunakan sewenang-wenang, itu bukan kawan.
 
Terus kejar dengan usaha supaya kita makin kuat, kita makin boleh bantu lebih ramai orang. Saat dia nak kita bantu sebab dia susah. Okeylah boleh bantu. Namun hati-hati takut digunakan lagi dan lagi.
 
Sentiasa alert dan teruslah tetap dalam hati yang kita ini adalah orang yang sudah berbeza dari yang dulu.
 
Saya ingat kata Kak Rozi (Pengurus Dato Sri Siti Nurhaliza) “Saya sangat menghormati Siti. Saya antara yang paling rapat dengannya. Namun saya tak pernah sekali pun gunakan Siti untuk bisnes saya, untuk apa pun yang saya buat, saya takkan.
 
Sebab saya tahu “menggunakan” itu boleh jadi satu kekurangan dalam hubungan. Adalah lebih baik Siti sendiri yang rasa nak buat. Kalau dia buat (iklan), itu dari dia. Saya ok dan tak menghalang. Seseorang yang memahami akan lakukan semua itu untuk orang yang dia sayangi tanpa kita perlu suruh pun.”
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64.
(Visited 252 times, 1 visits today)