
Bermain dengan Facebook, banyak momen kita didorong oleh minda separa sedar.
Jika banyak kawan atau individu yang kita follow itu menulis hal negatif seperti memburukkan orang, politik caci maki, kritik bisnes sana sini, pertikai itu ini tanpa hujah, maka kita juga akan terjangkit perangai seperti itu di dalam kepala kita.
Malah, dikatakan nak kembali positif perlu ambil masa lebih 4 jam pada setiap 1 posting yang kita “terjangkit” itu. Ingat, perkataan yang dibaca akan melekat dalam kepala, proses nak keluarkannya adalah satu kerja yang super susah.
Jadi pagi ini, terus klik unfollow belaka. Kekalkan momentum positif kawan-kawan! Tulis dan baca #content yang beri impak positif sahaja. Ayuh!
Khairul Hakimin Muhammad,
#DoneNasihat Hari Jumaat ini.