Mudahnya doh Pizza

Semalam semasa kelas Junior Masterchef, anak-anak berjaya siapkan pizza. Sekali masa bakar saya tak cek dan rupanya doh masih belum masak. Aduh kecewanya. Maafkan saya wahai ibu bapa sekalian.

Begitulah apabila duduk di dapur. Macam-macam hal. Ada masa semua ok, ada masa semua ke laut. Huhu. Baik, ini resepinya ya

 

Resepi Mudahnya Doh Pizza (boleh dapat pizza kecil (6 inci) dalam 4-5 keping.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 500gm tepung gandum

~ 1 paket Yis Mauripan (11gm).

~ 1 sudu besar gula halus

~ 1 sudu kecil garam

~ 1/2 cawan minyak masak

~ 1 sudu besar butter

~ 1 cawan air suam

~ 2 sudu besar susu segar.

 

Cara-cara kau lihat di gambarnya ya.

Boleh share jika suka. Tak usah bergaduh pula kata ini bukan pizza, ini spageti. Abang luku kau nanti.

 

Timbang tepung betul-betul. Jika kau nak double, jadi semua bahan kena double juga.

 

Masukkan yis dalam air suam. Kacau rata dan biarkan selama 10 minit.

 

Dalam bekas tepung, kau masukkan garam, gula, susu, minyak masak. Kau kaup dengan spatula dulu. Senduk pun boleh. Pastikan semua bergaul rata. Kena ingat, garam dan yis tak boleh bertemu, nanti yis mati. Jadi gaul betul-betul.

 

Macam ini.

 

Kemudian kau buat kawah di tengah, kau masukkan sikit-sikit air yis tadi. Guna spatula atau senduk dulu. Belum guna tangan. Sabar.

 

Dah mula nak jadi doh. Kau basuh tangan. Uli guna tangan.

 

Ya nampak bekas jari jemari itu. Kahkahkah. Mari menguli betul-betul. Jika adunan masih keras, masukkan butter. Jika adunan sudah lembik, masukkan 1-2 sudu besar tepung. Kau rasa sendiri guna jari kau.

 

Dah siap jadi doh kau biarkan dalam 30 minit ke 1 jam. Kalau anak-anak kau boleh sabarlah. Supaya doh berkembang macam laki kau.

 

Tadaa, dah lawa berkembang, kau letak butter sikit. Dalam 1 sudu dan uli sekali lagi. Baru ada ruang udara yang diperlukan. Cewah entah ye ke tak. Kau canaikan kecil-kecil dan letaklah sos dulu, lepas itu letak cheese sikit, dan letaklah sosej ke nanas ke, buah zaiton ke, suka kau lah. Kalau kau nak topping sea food, kau guna pes tomyam sebagai sos. Sedap woih.

 

Ha kau bulat-bulatkan gini dulu sebelum canai. Haha.

 

Kemudian kau buh sebanyak mana mozarella kau suka. Bakar dalam 25-35 minit dengan suhu 180 darjah. Hah, kau panaskan oven dulu siap-siap ya dalam 10 minit.

 

Siap, kau buhlah mayonis dan sos kalau suka. Selamat mencuba dan buat pizza sendiri anak-anak!

 

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 1,095 times, 1 visits today)