Ramai sangat duk bilang, “ala Khairul tu ramai follower, bolehlah sembang sales gitu gini.”
Ya benar. Saya tak sangkal pun. Apabila kolam yang kita ada itu banyaknya ikan, ia memudahkan untuk kita menebar jala.
Namun kawan, tengok gambar itu betul-betul. Itulah detik saya bermula seorang diri 4-5 tahun lalu.
Tak ada pinjaman bank, tak ada pelaburan sesiapa, yang ada hanya ilmu pergi belajar ambil kelas sana sini. Kereta pun tak ada woih! Punya susah buat delivery dulu.
Ambil order sendiri, kumpul order sampai pernah 1 tahun itu kena buat sendiri 600 balang tempahan butter cookies. Kahkahkah nak sangat, Tuhan makbulkan terus.
Saya tak segan nak cerita yang saya mula dari zero. Yang waktu itu ramainya menentang takut saya tersasar. Namun saya anggap itulah kekuatan. Jika tidak kerana mereka, saya tak jadi seperti sekarang.
Kuncinya:
1. Pergi belajar.
2. Networking + Personal Branding.
3. Kerja keras.
4. Konsisten.
5. Tak putus asa.
6. Bersedia untuk gagal.
7. Bangkit kembali.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belum berjaya namun masih berusaha mendaki!