Mula Semula Semuanya

Dulu saya ada perangai sama ja dengan kalian. Orang yang saya tak suka, saya unfriend, pasti saya nak tengok semula wallnya. Manalah tahu kot dia ada kutuk saya. Hahaha.
 
Namun selepas pulang dari Lubnan, Syria dan Turki pada Januari 2020 saya ubah semuanya.
 
Ada sesuatu yang berlaku buat saya berfikir panjang. Jangan tanya apa dia. Haha.
 
Yang penting, sehingga hari ini saya dah tak peduli semua itu.
 
Sesiapa yang saya mahu lupakan, saya akan lupakan.
 
Malah, saya berjaya switch off sampai saya dah lupa wajah mereka ini. Sebut sahaja nama, saya dah tak ingat muka mereka.
Saya lupakan segala-galanya, maafkan mereka dan saya jalan terus.
 
Tekniknya mudah sahaja kawan-kawan, saya buat begini:
 
1. Ia perlu dibuat pada waktu malam sebelum tidur.
2. Baring dan kemudian letak dalam kepala maafkan mereka semua. Cakap dalam hati ayat ini “Saya (nama penuh) dengan ini memaafkan segala apa yang berlaku antara saya dan (nama dia). Saya reda, faham dan okey atas segalanya. Dia baik dan semoga Allah melindunginya sama seperti Allah melindungi saya.”
2. Dan cakap kepada diri sendiri juga seperti ini “mula esok, saya takkan berfikir lagi tentangnya. Akan melupakan dan fokus kepada perkara baru yang saya ingin tempuhi.”
3. Baca doa, baca ayat apa yang kalian biasa baca, tidur.
4. Esok pagi, bangun akan okey dan relaks.
5. Jika masih teringat, ulang balik proses ini sampai lupa.
 
*****
Kalian akan mula gembira dan bahagia. Paling penting, kawal hati supaya tak buka dah, tak tengok dah dan tak peduli dah semuanya.
 
Berhenti buka wall orang itu,
Berhenti fikir tentangnya,
Jika terlintas, lekas doakan kebaikan untuknya.
 
Ingat, walau ada yang cuba sampaikan, print screen bagai, tetap kuatkan hati jangan tengok.
Kalian akan happy. Percayalah. Kita yang kena seronok dengan hidup kita. Kita yang kawal diri kita. Hal orang lain, biar dengan cara dia. Tak perlu untuk kita tahu semua benda. Yang penting, hidup kita dahulu gais.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mula semula semuanya. Bismillah.
(Visited 1,020 times, 1 visits today)