1. Diam dan dengar disaat orang bercakap.
2. Bekerja keras disaat orang lain berangan.
3. Tabahkan hati disaat orang lain berhenti dan cabut.
4. Senyum disaat kena hina, kritik dan kutuk.
5. Bangun dan berbuat sahaja disaat orang lain bising.
6. Buat keputusan disaat orang lain masih bergaduh.
7. Menyimpan disaati orang sibuk berbelanja.
8. Belajar disaat orang lain berkumpul minum dan berpesta.
9. Sentiasa bersedia disaat orang lain kecoh tak sempat itu tak cukup ini.
10. Terus fokus bekerja dan belajar disaat orang lain sibuk menonton drama, berbual kosong dan buang masa.
Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan.
Mereka ini adalah orang yang tak ikut orang. Mereka tahu apa itu misi apa itu visi. Tahu maksud kerja keras dan tahu apa hasilnya yang akan dapat.
Dan disaat orang lain sibuk cakap itu sana sini adalah usaha keras dia, kita pula kekalkan dalam diri cakap ini adalah hadiah dari Allah selepas berbagai usaha dan kebaikan yang kita buat. Semua yang datang adalah dari Dia. Titik.
Begitulah
Khairul Hakimin Muhammad.