Nak Berjaya, Lalui Banyak Cerita

Benar, asal jatuh, bangun balik.
Apabila tumbang, bangkit semula.
Jumpa gagal, usaha lagi.

Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya.

Selagi hidup, tak boleh biarkan emosi negatif menguasai diri. Kena baiki, belajar dan ambil sisi baik untuk berdiri lagi dan lagi.

Jalan ini memang akan jadi panjang. Setahun, dua tahun, 5 tahun, boleh jadi 10 ke 20 tahun baru jumpa perkataan berjaya.

Namun selepas dah capai, dah sentuh awan itu, tengoklah berapa banyak tangga dah kita lalui, berapa banyak juga hentian yang kita jumpa orang tarik kaki kita, yang tolak sampai kita cedera teruk sampai terbaring dalam lembah sendirian.

Semua akan kita kenang untuk jadi sempadan kepada lebih banyak lagi sukses.

Sungguh kawan-kawan, nak berjaya, lalui banyaknya cerita. Semua itu penguat. Seperti sakit, jika tidak berubat, kita tumbang dan terbaring.

Apabila sudah kuat, penyakit pun lari tak mahu hampiri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jatuh 7 kali, bangkit kali ke-8.

(Visited 515 times, 1 visits today)