Nak berniaga, selami dan belajarlah.

Adalah dalam 10-12 orang Pm ke inbox dan mengadu tentang hal ini. Bercerita kisah-kisah mereka akibat ditipu oleh jerung-jerung besar yang sekadar mahu duit dari poket mereka sahaja. Peringkat awal, apabila ramai yang datang bercerita benda yang sama, aku jadi terkejut dan akhirnya emosi.

Kemudiannya aku bertanya kepada anak-anak jerung ini yang sangat baik hubungannya sesama mereka. Lalu aku dapat jawapan. Begini kisahnya:

1. Jerung ini menggunakan nama kawannya sendiri (partner) yang mana orang itu adalah orang besar di dalam media sosial.

2. Si nama besar ini pula tak henti-henti mempromosikan produk yang berupa logo dan namanya sendiri.

3. Si jerung ini membuat sebuah bisnes dengan ‘menjual’ logo dan produk dalam bentuk bisnes yang sedang dijalankan oleh peniaga-peniaga yang baru memulakan bisnes, ia berjumlah ribuan ringgit. Peniaga run bisnes tersebut menggunakan logo besar yang dibeli secara lesen dan persefahaman PLT.

4. Ada peratusan saham yang diberi kepada jerung yang mana mereka hanya perlu upkan bisnes tersebut di media sosial Si Nama Besar. Namun, impaknya tak seberapa.

5. Selepas setahun Si Nama Besar memberikan sesi latihan, memberikan servis pengurusan dan tips-tips bisnes, maka bermula tahun ke-2 operasi dan result.

6. Dan, proses kegagalan berlangsung dengan giatnya.

7. Akibatnya, peniaga tutup. Si Jerung tenang sahaja kerana beliau tidak ada kaitan dengan penutupan. Yang beliau tahu, servisnya sudah selesai.

8. Si Nama Besar yang dapat nama buruk akibat daripada luahan peniaga-peniaga yang serik nak gunakan logo tersebut.

Gila. Hentikanlah kegilaan ini kawan-kawan. Orang nak berniaga, dia sibuk nak ambil kesempatan. Paling geram ialah sehingga kini jerung ini menyorok di sebalik nama besar tersebut.

Perkara begini aku terpaksa sebar kerana ramainya kawan-kawan sekarang ini hilang hormat kepada Si Nama Besar sedangkan beliau banyak benda tak tahu apa yang jerung dibelakangnya sedang buat.

Lebih dari itu, ramai juga kawan-kawan aku sedang guna logo tersebut. Dan menuju ke arah kehancuran apabila tidak berjaya membuat jualan dengan baik.

Kawan-kawan, ambil iktibar.

Nak berniaga, selami dan belajarlah. Bukan nak cepat dengan beli logo, beli lesen bagai. Tenang dan alami!

Semua orang suka duit. Suka nak buat duit. Namun, tak semua orang ada kejujuran dan keseimbangan untuk duit dan agama. Jika kita ada kemanusiaan dan sentiasa ingat Tuhan, semua ini pasti tidak akan terjadi.

Dan buat kawan-kawan yang berani tampil ke hadapan membongkar, ketahuilah, kami bersama kalian.

Sekian, Terima kasih.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tetap hormati dan sanjungi ilmu Si Nama Besar.

(Visited 849 times, 1 visits today)