Nak buat jualan sampai RM28 Juta Setahun?

Semalam saya berjumpa dengan salah seorang pemain Lazada dan Shopee.

Sales beliau tahun lepas RM28juta.

Kahkahkah.

Jual apa?

Produk dari China. 
– cadar, bantal, stokin, seluar dalam, singlet. 
– produk yang senang bungkus dan ringan.
– yang senang jaga di warehouse.
– boleh tahan lebih 3 bulan di warehouse tanpa berubah warna, tidak berubah kualiti dan sebagainya.

Bagaimana dia buat?

1. Keluarkan modal RM30,000 dahulu. Beli cash. Produk boleh dapat semurah bawah RM10/pcs jika beli dengan volume yang tinggi. Dijual dalam RM40-50/pcs.

2. Kemudian pasang ejen.

3. Buka akaun Lazada atau Shoppee atau 2-2 sekali.

4. Sebarkan di Facebook atau mana-mana sosial media lain. Sebaran ini sangat penting supaya produk itu Hype.

5. Biasanya, orang yang membeli di Facebook, akan beli terus. Namun yang suka Lazada dan Shoppee akan terus buat searching di sana.

6. Di sana, letak harga sedikit murah.

7. Dan bermula orang order dari 2-2 channel tersebut.

8. Bommm! Sales meletup.

9. Kurier secepatnya.

10. Ikuti Sales yang dianjurkan oleh Lazada dan Shopee.

Kata beliau, keuntungan ialah sentiasa 35-40%.

Saya pun kiralah, minima dia dapat bersih tahun lepas ialah RM9.8juta.

Kahkahkah. Jual spendar weh. Hahaha. Kita kemain fikir sampai pecah kepala nak jual apa. Dia jual benda itu sahajaaaaa! Dan itu bukan produk dia pun!

Senang ja kan? Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kau tunggu!

(Visited 128 times, 1 visits today)