8-01

Itu hari masa kawan-kawan datang, saya ada cuba buat nasi halba, syukur menjadi dengan baik. Alhamdulillah.

Nasi halba ini banyak kebaikannya, ada yang kata boleh segarkan badan, buang angin serta memberi tubuh kita wangi. Itu kalau makan sebelum kenyanglah.

Kalau makan sampai 2-3 pinggan itu tak tahulah. Haha. Ok jom.

 

Nasi Halba.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 7 cawan beras basmathi – (untuk 10-12 orang makan)

 ~ 8.5 cawan air.

 ~ 1/2 cawan susu cair.

 ~ 2 sudu besar halba.

 ~ 2 biji bawang besar India.

 ~ 3 ulas bawang putih.

 ~ 2 inci halia.

 ~ 2 batang kayu manis.

 ~ 3 kuntum bunga lawang.

 ~ 3 sudu besar minyak sapi.

 ~ 1 sudu besar gula.

 ~ 1 sudu kecil garam.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya.

#ResipiKHM

Panaskan periuk. Masukkan minyak sapi.

 

Kemudian masukkan bawang besar, halia dan bawang putih yang dihiris. Masukkan bersama kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai harum.

 

Kemudian masukkan halba. Kacau lagi.

 

Masukkan beras yang telah dibasuh bersih, toskan. Kacau beras sampai semuanya sebati dengan minyak sapi dan bahan tumis tadi.

 

Masukkan susu cair.

 

Masukkan air, garam dan gula. Kacau sedikit dan tutup. Kalau guna periuk tekanan, 8 minit high pressure ya.

 

Siap! Kacau sikit. Hidang!

 

Tadaaa! Masak lauk daging kurma, ayam goreng berempah dan acar, settle! Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 1 times, 1 visits today)