Nah. Ini yang geng periuk Noxxa tunggu-tunggu. Kali ini abang masak nasi hujan panas. Senang ya ampun. Kalau kau kata susah juga, eloklah kau jual je periuk kau itu.
Baik. Mari sediakan bahan-bahan.
Nasi Hujan Panas Noxxa.
Bahan-bahannya ialah:
10 pot beras basmathi mogul Faiza.
12 cawan (guna pot beras itu) air
1 tin susu cair
3 sudu besar minyak sapi (ghee)
2 sudu besar mentega.
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji bawang besar India
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
5 helai daun bay
1 batang serai
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara-caranya kau tengok gambar ya.
Share sahajalah. Tak payah mohon-mohon.
Pasang Noxxa. Tekan stir fry. Lepas itu tekan butang merah On tu.
Kemudian masukkan minyak sapi sampai dia cair.
Masukkan bawang besar yang telah diracik, kayu manis, bunga kuntum, dah kenapa bunga kuntum. Bunga lawanglah. Buah pelaga, jintan, daun bay, serai yang telah diketuk. Tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan mentega. Kacau sampai rata.
Masukkan beras yang telah dibasuh bersih. Kacau rata sampai semua beras nampak berkilat dah kena minyak tumis tadi.
Ha macam inilah.
Masukkan susu cair. Kacau rata juga.
Ha macam inilah. Kahkahkah nampak tak?
Masukkan air. Kacau rata lagi. Kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan garam. Kacau lagi.
Lepas itu, kau tutup stir fry. Dan tekan high pressure tujuh kali. Maksudnya 7 minit la itu. Tekan on merah itu.
Dah siap tujuh minit, kau buang wapnya. Dan kau letak pewarna kuning telur dan warna lain kalau ada, ini tak ada. Ada warna itu sahaja. Ha titis macam itu. Titis titis sahaja.
Lepas itu kau tutup kembali dan steam pula 3 minit.
Siap! Gaul rata! Nampak sedap tak?
Waaarghh!! Kalau kau nak beli periuk Noxxa ini, kau PM Puan Bibiey Roslan. Dia baik orangnya. Rajin masak. Haha