Nikmati Momen Indah Ini

“Hang tau dak Kerol, 1st time dalam hidup aku, anak aku panjat belakang aku, peluk aku dari belakang, naik atas aku, peluk peluk muka aku, geletek ketiak aku bagai. Aku tak pernah tengok dia ketawa macam la ni. Dia usik aku, aku tidur dia buka mata aku, cucuk pusat aku hang tau tak tahap menjengkelkan tapi hang gelak ja tak boleh nak buat apa.

Aku sembang dengan orang rumah aku kenapa anak aku pelik lagu ni, dia cakap abang kan sibuk. Depa duk tanya abang pagi petang siang malam bila ayah nak balik masa abang kerja dulu. La ni abang ada depan mata. Nikmati saat ni bang, mana tau lepas-lepas ni abang duk sibuk semula.”

Ya Rabb, aku pula yang keluar air mata.

Sungguhlah, anak kita rindukan kita kan. Sekarang peluk mereka puas-puas.

#StayAtHome gais. Nikmati momen indah ini.

P/s : Penulisan KHM awal mula PKP itu hari. Inilah yang kita semua lalui dah rasa waktu itu. Dan kini PKPB mungkin hampir selesai dan momen inilah yang akan kita kenang sampai bila-bila.

(Visited 443 times, 1 visits today)