Oat Banana Peanut Butter Biskut

Ramai tanya macammana abang nampak kurus (sikit) masa pesta buku bebaru ni? Haha iniha rahsianya. Abang minum minuman sihat.

Kau orang ingat tak masa Dato Siti kata nak berehat dari dunia seni sekejap dulu? Aha, resepi ini boleh kata gitulah. Kau akan rasa nak berehat kejap di malam hari dan bangun segar esoknya. Hahahaha macam boleh pula gitu dia punya kaitan.

Baik, bagi orang yang geli-geli nak makan oat gitu je dengan susu macam kapten diet abang seorang tu, resepi ini bagus sekali. Moh kita buat.

Oat Banana Peanut Butter Biskut. Kahkahkah panjang bebenor (sukatan dua cawan).

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2 biji pisang berangan dah masak.

 ~ 500ml susu segar.

 ~ 5 sudu besar oat

 ~ 1 bungkus kecil biskut dark coklat oat

 ~ 1 sudu besar peanut butter

 ~ 1 sudu kecil cia seed.

Cara-caranya kau tengok gambar ya.

 

Ini ha senarai barang. Susu je tak ada dalam gambar, kau tanya abang sekeh kau.

 

Ini ha abang guna susu ni. Bapaklah mahalnya. RM6.50 minum dua kali je. Masukkan susu 500ml dalam blender (pengisar).

 

Buang kulit pisang. Kalau Kau guna sekali rasanya kau kena tampar dengan laki kau. Masukkan pisang.

 

Masukkan biskut bersama anak kau. Buat ala-ala main teng teng baling siling dalam petak. Pastikan masuk dalam pengisar, tak masuk jatuh lantai puaslah kau menjawab dengan laki kau.

 

Masukkan oat dan cia seed.

 

Masukkan peanut butter dengan sudu pink anak kau. Jangan guna sudu besi. Mahal woih. Sudu ni 5 batang rm2. Hahahaha.

 

Dah masukkan semua, kau kisar sampai halus. Berenti main henpon, karang tertekan suis tv tak pasal terkeluar muka alif terlajak laris. Udah berdosa kutuk dia free free.

 

Siap! Tuang dalam cawan elok elok dan hidang ke laki kau secawan. Kau punya pula secawan. Sabar sabar sikit jangan minum kat dapur.

 

Ha siapa nak share, sharelah. Kau konsisten minum menda alah ni sebulan, dapatlah turun 3kg slow slow. Syaratnya minum sejam sebelum tidur.

 

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad.

 

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.