Untuk ibu-ibu yang nak buat sarapan senang ke anak-anak, ok ini aku dah usahakan. Cuma yang ini aku buat banyak untuk keluarga. Biasalah keluarga besar.
Nama asalnya Oglio Olio Oh Sedapnya. Kahkah. Cuma aku tambah ayam kisar. Buatnya senang sahaja. Letak dalam Tupperware, boleh anak kau bawa bekal termasuk laki kau sekali. Bolehlah beliau buat gambar untuk instagram melawan Dato Seri Terlajak Laris. Haha.
Bahan-bahannya ialah:
~ 1 paket spageti, suka kau yang mana.
~ 5 sudu besar minyak zaiton,
~ 3 ulas bawang putih,
~ 1 ulas bawang besar kuning Holland,
~ 1/2 biji lada benggala,
~ 1/2 buku ayam kisar,
~ 1 sudu kecil serbuk halus oregano,
~ 1 sudu besar serbuk kasar oregano,
~ 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih,
~ 3 sudu besar serbuk keju parmesan.
~ 1 sudu kecil garam,
~ 1 sudu besar butter.
Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.
Celurkan spageti hingga dia jadi ala dente. Atau pun tak lembut sangat, tak keras sangat.
Dalam kuali lain, masukkan minyak zaiton dan buka api.
Humban bawang besar kuning, bawang putih yang di cincang dan lada benggala. Kau nak guna lada warna apa kau punya suka.
Masukkan ayam kisar dan kacau rata.
Masukkan semua serbuk rempah seperti oregano dan semua-semualah. Malas aku nak tulis. Termasuk garam ya.
Dah toskan spageti tadi, masukkan dalam kuali. Kacau rata dengan bergaya.
Dah sebati semua, masukkan serbuk keju parmesan. Kacau lagi.
Sudah siap, tutup api, potong kecil butter dan masukkan. Kacau lagi.
Siap! Bolehlah bawa bekal. Nak pedas, kau tambah pepper yaaaa! Suka kau lah. Ok bai. Selamat mencuba!